Sunday, 14 August 2011

Kuda Kepang :D

Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan.


Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian. Permainan kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang.

Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.



dibuat oleh : Shahirah
credits : wikipedia dan google












Thursday, 11 August 2011

Silat

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi rakyat melayu yang diamalkan sejak zaman yang silam dahulu. Usia sesebuah ilmu seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menyangka seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei , Filipina , Indonesia , Malaysia , dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat.


Contohnya ialah seperti Silat Seligi Tunggal Angkatan Singapura , Grasio , Sendeng Pukulan , Sports School dan sebagainya.







Silat ialah seni mempertahankan diri untuk bangsa melayu. Pada zaman dahulu , Hang Tuah telah pun menggunakan seni silat untuk memperjuangkan negaranya. Kini , semua pesilat-pesilat yang ada sekarang akan memasuki gelangang pada setiap tahun untuk menaikkan kumpulan mereka dan juga untuk memenangi sebagai juara.
Dua orang yang sama 'gender' tetapi memakai 'vest' yang berlainan warna , akan memasuki gelanggang dan mereka akan bersedia untuk berdebat.












































Dibuat oleh : Aina
Kredit : Google images dan wikipedia

Tuesday, 9 August 2011

Dikir Barat

Dikir Barat adalah sesuatu permainan tradisional yang berasal dari negeri Kelantan . Ia sangat digemari oleh masyarakat Melayu disana . Ia wujud daripada kalangan kampung dan pinggir bandar . Di dalam kumpulan dikir barat , terdapat seorang Tukang Karut dan Tok Juara yang mengetuai kumpulan itu .

 Mereka akan mengarut sambil membalas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan melantarkan suara yang kuat dan lantang . Dikir Barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau dipertandingkan . Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat Melayu di majlis perkhawinan . Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia , badan-badan kerajaan ataupun orang-orang yang tertentu untuk mengutip wang . 









Dikir Barat adalah seni yang baru jika dibandingkan dengan seni tradisional yang lain . Perkembangannya sukar diatasi kerana ia sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya mengikut perkembangan zaman . Perkataan 'Dikir' ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau Dikir dan karut manakala pengertian 'Karut' ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair . Dengan itu , Dikir Barat , Dikir Karut , Dikir Pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya . Walaubagaimanapun , di Kelantan , ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat  dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut . 



Dihasilkan oleh : Nur Hafizah
Kredit : Wikipedia dan Google Images

Monday, 8 August 2011

Tarian Zapin

                                               Tarian Zapin 
Tarian Zapin adalah sejenis tarian melayu tradisional.Tarian ini diilhamkan  oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman.Tarian Zapin telah meluas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu,Borneo dan Gugusan pulau.Ia masih bergiat aktif di Brunei,Singapura,Malaysia dan Indonesia.Zapin diubahsuai dari segi bentuk dan ragamnya yang lebih tradisional sifatnya.Dengan itu Tarian Zapin biasanya ada pecahan tersendiri menurut tempat ditarikan,antaranya adalah Tarian Zapin Arab,Tarian Zapin Johor,Tarian Zapin Lenga,Tarian Zapin Pekan dan Tarian Zapin Tenglu.Tarian Zapin mementingkan bukannya usaha individu tetapi pergerakkan dalam berkumpulan.Peralatan muzik
 antaranya rebana,gambus,gendang,marakas dan rebab.Mengikut  dalam sejarah Tarian Zapin,mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana.Setelah dibawa dari Hadramaut,Yaman oleh pedagang Arab pada awal abad ke-16.Pada zaman itu,negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah enterpot antarabangsa pada kurun yang ke-16.Selepas itu,Tarian Zapin merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau,iaitu pusat lama pemerintah Johor,Singapura,wilayah Serawak dan Brunei Darussalam.






credit:wikipedia dan google images
oleh:Nur Fatihah 2-4