Dikir Barat adalah sesuatu permainan tradisional yang berasal dari negeri Kelantan . Ia sangat digemari oleh masyarakat Melayu disana . Ia wujud daripada kalangan kampung dan pinggir bandar . Di dalam kumpulan dikir barat , terdapat seorang Tukang Karut dan Tok Juara yang mengetuai kumpulan itu .
Mereka akan mengarut sambil membalas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan melantarkan suara yang kuat dan lantang . Dikir Barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau dipertandingkan . Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat Melayu di majlis perkhawinan . Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia , badan-badan kerajaan ataupun orang-orang yang tertentu untuk mengutip wang .
Dikir Barat adalah seni yang baru jika dibandingkan dengan seni tradisional yang lain . Perkembangannya sukar diatasi kerana ia sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya mengikut perkembangan zaman . Perkataan 'Dikir' ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau Dikir dan karut manakala pengertian 'Karut' ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair . Dengan itu , Dikir Barat , Dikir Karut , Dikir Pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya . Walaubagaimanapun , di Kelantan , ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut .
Dihasilkan oleh : Nur Hafizah
Kredit : Wikipedia dan Google Images
No comments:
Post a Comment